Chocolate Congo Bars

Chocolate Congo Bars – halo pecinta kuliner semuanya, pada postingan ini kami akan persembahkan “Chocolate Congo Bars“. admin harap resep ini membawa manfaat untuk pengunjung semua yang cinta memasak. jangan lupa share Chocolate Congo Bars ini ke teman kamu ya.

Fuhhh.. sedapnya lah dapat menikmati Chocolate Congo Bars yang rangup di luar tapi lembut di dalamya… di hidangkan pula dengan secangkir kopi atau teh, pasti petang anda terasa bagai di awang-awangan..

Lama tak buat Congo Bars. Entah mengapa petang ni anak tekak ni mengada-ngada lah pulak nak makan Congo Bars. Nak cari mana.. kenalah buat sendiri kan..

Kalau sebelum ini ita pernah kongsikan resepi Congo Bars di SINI
Hari ni ita kongsikan satu lagi Congo Bars yang tak kurang juga sedapnya. Bagi pengemar coklat pasti sukakannya.

Rasanya ada sedikit kelainan kerana ia sedikit crunchy di luar dan lembut di dalam. Sebagaimana kata  Norlie, ia nya lebih mirip kepada biskut kerana kerangupan tekkstur di sebelah luar, tapi masih lembut di dalamnya. Ita tambahkan sedikit Cranberries supaya bila di makan terasa masam manis sikit dan di hiasi pula dengan coklat Cadbury untuk toping di atasnya. Bila dah bergabung semua.. pasti meletup-letup kesedapannya di dalam mulut.

Wah!.. kak ita buat terliur aje kan… tak cuba tak tau.. Jom kita masuk dapur kita godek-godek. Kejap aje buat congo bars ni.. mudah dan ringkas dengan bahan yang cukup simple.

CHOCOLATE CONGO BARS
Resepi Oleh : Norlie

280 gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko

Satukan bahan di atas dan ayak

250 butter ~ di cairkan
300 gm gula caster ~ ita guna gula perang
3 biji telu B ~ ita guna 2 biji telu A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1/2 cawan cranberries ~ ita tambah
Coklat cadbury sebagai topping hiasan jika suka

Pukul telur dan gula caster dengan whisk aje hingga sebati.
masukkan esen vanila dan gaul rata
Masukkan bahan yang di ayak dan kaup balik sempurna
Masukkan butter cair dan kaup balik
Akhir sekali masukkan choc chip dan cranberries dan gaul rata

Sediakan loyang 10 x 10 ( kek sedikit tinggi ) kalau nak nipis sikit guna loyang 12 x12 inc
Sapukan sedikit butter pada loyang dan alas loyang dengan baking paper
Tuang adunan dalam loyang dan ratakan
Hiaskan atasnya dengan coklat cadbury jika suka
bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170 C
bakar selama 30 minit atau sehingga ia masak sempurna
Tunggu sejuk baru di potong kepada kepingan


itulah tadi postingan tentang “Chocolate Congo Bars” kali ini. harapan kami resep ini mempunyai manfaat untuk kamu dirumah.

Sumber gambar & resep disadur plek dari : resepqtaqta.blogspot.com

Resep Lainnya Yang Banyak Disuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *