Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan

Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan – hai pecinta kuliner semua, saat ini tabloidkuliner.com akan sajikan “Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan“. mudah-mudahan resep ini cocok untuk pembaca yang suka memasak. jangan lupa bagikan Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan ini ke teman anda ya.

Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan

Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan
Apakah minuman kesukaan anda?
  • MINUMAN SEJUK
  • MINUMAN PANAS
  • LATTE 
  • KOPI ‘O’
  • KOPI SUSU
  • TEH
  • MOCHA

Mungkin ciri-ciri berikut dapat menggambarkan diri anda… 🙂
MINUMAN SEJUK 
  • Sekiranya anda lebih suka menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam golongan yang suka bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih suka berkumpul dengan teman-teman rapat anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil dengan idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
  • Penampilan anda kelihatan penuh keyakinan diri dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

LATTE
  • Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri anda yang suka menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapn yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan diri anda seorang yang terpelajar dan berpendidikan. Sekiranya kekasih anda turut menyukai minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI ‘O’
  • Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang berkeyakinan tinggi. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
  • Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh digolongankan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
  • Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama anda. Anda bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya anda mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setia anda. Mungkin anda tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kesukaan. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda… Syabas!

MOCHA
  • Anda orangnya lincah dan sukakan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam golongan ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Anda juga suka bersosial dan tidak suka hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya anda tidak mempunyai kekasih kerana individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan anda. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak meyakinkan pasangan bahawa anda telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

Segala penulisan di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya. Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.


itulah tadi info tentang “Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan”. semoga saja resep ini bermanfaat untuk pengunjung dimanapun berada. Jangan lupa klik tombol share ya biar semakin banyak kawan yang tahu akan resep Rahsia Diri Melalui Minuman Kesukaan ~ klik disini – Resep Maskan ini.

Sumber gambar & resep disadur dari : resepmasakandapurindonesia.blogspot.com

Resep Lainnya Yang Banyak Disuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *