RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP

RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP – halo pembaca semua, sekarang kami akan akan bagikan “RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP“. kami berharap bahwa resep ini bermanfaat untuk pembaca yang suka memasak. jangan lupa share RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP ini ke teman anda ya.

RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP

KEK BUAH

KEK BUAH KUKUS

SAIZ LOYANG: 10″-12”

Bahan-bahan yang perlu anda sedaiakan ialah:-

[=]500 gram mixed fruit
[=]6 biji telur gred A – guna 7 gred sederhana
[=]2 sudu kecil esen vanilla
[=]2 sudu kecil esen ros

Bahan-bahan untuk di Ayak:

[=]600 gm tepung gandum
[=]2 sudu kecil soda bikarbonat
[=]1/2 sudu kecil cream of tartar
[=]1 sudu kecil serbuk buah pala – opsyenal

Gula Hangus:

[=]4 cawan gula pasir/800 gm – guna 700 gram
[=]1/2 cawan air sejuk
[=]500 gm butter

Cara-cara untuk membuatnya ialah:

[=]Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dengan berhati hati dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga cair.

[=]Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sehingga agak suam.

[=]Masukkan pula bahan ayak ke dalam adunan gula hangus tadi sedikit demi sedikit dan kacau dengan menggunakan senduk kayu hingga rata.

[=]Dalam bekas lain, pukul atau blend telur sebentar. Kemudian tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose. Kacau lagi tapi jangan terlebih kacau takut buah mendap.

[=]Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10” atau 12″ yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. Boleh tutup loyang dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter supaya tidak melekat bila kek naik tinggi. Nota: Saya guna 4 bekas aluminium 7″x3″ dan masa mengukus adalah 1 1/2 – 2 jam sahaja. Untuk masa depan, guna 5 bekas lagi sesuai kerana kek naik tinggi. Lagi pulak, pengukus saya tidak cukup tinggi.

[=]Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukuslah selama minimun 4 hingga 6 jam. Lagi lama dikukus lebih lembab dan tahan lama. Selain aluminium foil, boleh juga balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap air tidak menitis ke atas kek yang sedang dikukus.

[=]Kukus dengan api yang sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air, pastikan ditambah dengan air panas.

[=]Bila kek telah masak, buka tutup pengukus dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang. Kek lebih lembab selepas 2 hari, jadi balut dengan plastik dan dibiarkan di atas meja selama 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang kering dan tajam.

Nota penting:

[=]Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.

[=]Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

[=]Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembab dan warnanya pun menarik.

RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP – Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah


itulah tadi informasi tentang “RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP”. semoga saja resep ini bermanfaat untuk pembaca dirumah. Jangan lupa klik tombol share ya biar makin banyak orang yang tau resep RESEPI KEK BUAH KUKUS LEMBAB YANG SEDAP ini.

Sumber gambar & resep disadur dari : resepmasakandapurindonesia.blogspot.com

Resep Lainnya Yang Banyak Disuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *