RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI

RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI – hai pecinta kuliner semua, pada postingan ini kami akan sajikan “RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI“. kami berharap bahwa resep ini bermanfaat untuk pengunjung semua yang suka memasak. jangan lupa bagikan RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI ini ke saudara anda ya.

RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI

RESEPI LAKSA KEDAH

Resepi Laksa Kedah – Semalam buat laksa Kedah. Bukan laksa yang biasa buat tu, tapi ni laksa Kedah asli yang betul-betul original. Resepi orang tua-tua. Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi. Disebab cili padi ni dah pedas, maka pengunaanya cukupla sedikit sahaja. Tak seperti cili kering, kita kena pakai banyak.

Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri. Orang sini panggil laksa chap. Selalu ada jual dipasar pagi. Jika susah nak dapat laksa chap, boleh je pakai laksa kasar kering biasa, direndam dahulu semalaman barulah direbus lembut.

Kuahnya harum dengan campuran bawang merah, serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan.

Selain tu pengunaan ulam-ulam kampung menyerlahkan keaslian Laksa Kedah ni. Antara ulam yang digunakan ialah daun selom, daun ulam raja. daun pucuk jangguih(gajus), dan pucuk putat. Ulam tersebut dihiris halus dan digaul sekali. Dan bahan biasa yang lain ialah telur rebus, bawang besar dan timun. Begitu juga limau nipis dan cili padi potong.

Dan orang Kedah style bila makan laksa kena tuang sedikit kicap semasa nak makan tu. Kicap yang digunakan ialah kicap pekat manis. Kicap cair tak berapa sedap. Maca orang Penang makan Laksa Penang dengan Petis.

Resepi Laksa Kedah

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus laksa kasar (besar) – direndam dan direbus
  • 1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 1/2 sudu kecil belacan
  • 20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
  • 4 keping asam keping
  • 2-3 tangkai daun kesum
  • 2 batang bunga kantan – dibelah
  • 3 batang serai – diketuk
  • Telur rebus secukupnya
  • Limau nipis – dipotong

Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :

  • Daun pucuk jangguih (gajus)
  • Daun ulam raja
  • Daun Selom
  • Daun pucuk putat
  • Timun
  • Cili padi
  • Bawang besar

Cara Membuatnya

  1. Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
  2. Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepa kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
  3. Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
  4. Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
  5. Masukkan asam keping dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.

Cara hidang :
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya. Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus. Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis. Sedia untuk dimakan.


itulah tadi info tentang “RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI”. semoga saja resep ini mempunyai manfaat untuk pengunjung dimanapun berada. Jangan lupa klik tombol share ya biar semakin banyak saudara yang tahu resep RESEPI LAKSA KEDAH ASLI PALING SEDAP DISUKAI RAMAI ini.

Sumber gambar & resep disadur dari : resepmasakandapurindonesia.blogspot.com

Resep Lainnya Yang Banyak Disuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *